Jumlah Pelawat

Masa Itu Emas

Album Mr. T

Isnin, 23 Jun 2008

As Sakinah Cycling Club

Aktiviti selepas kayuh

















Berkumpul sebelum kayuh















SU : sabli di Splash














Di Station Keretapi KKB
Kumpulan pengayuh As Sakinah Cycling club ni sebenarnya adalah ahli jamaah Surau As Sakinah, Taman Damai Utama. KKB. Kami berusaha mengeratkan perhubungan salitulrahim sesama jamaah yang sememangnya baik dan akrab dengan menujudkan aktiviti Riadah yang berfaedah kepada individu dan juga jemaah. Aktiviti ini dijalankan jam 6.00 ptg pada Isnin hingga Jumaat, Manakala Hari Sabtu dan Ahad jam 7.30 pagi. Pada Sebelah malam pula kami akan bersama-sama berjamaah disurau, berkuliah dan bergotong royong.





Hasil dari perbincangan sesama ahli jamaah, kami memulakan kayuhan kami dengan mengunakan basikal anak masing-masing ataupun mengeluarkan basikal dari dalam stor barang-barang (penuh habuk, brek tak ada dan tayar pun pancit).

Setelah sebulan ianya berlalu aktiviti kami semakin mendapat sambutan dan semakin ramai yang menyertainya, lalu timbul lah idea untuk mengunakan basikal yang agak baik dan bersesuaian.













Gotong royong di surau















Abg Sani..... tadi dah sapu.... kotor lagi













Alias dan Jamil ... kita buat dulu.. nanti kayuh le..












Kata sepakat telah diputus. 10 buah basikal jenama Proton yang baru telah di beli melalui pekej harga yang menarik ( berbanding di kedai ) dari sebuah persatuan Basikal Lasak (Rahsia). Selepas berjamaah Isyak disuatu hari, diperkarangan surau 10 buah basikal ini di pasang dan menjadikan ahli yang memilikinya 10 orang dan ketika itu hanya tinggal 5 orang ahli saja masih lagi mengunakan Basikal yang lama termasuk saya.







Sehingga hari kelab kami sering menjadi sebutan ramai dikalangan penduduk KKB dan kami akan meneruskan usaha kami ini kesihatan diri dan hubungan salitulrahim dikalangan seluruh masyarakat. Kini terdapat sahabat dari taman yang lain seperti Taman Bukit Bujang dan Ampang Pecah menyertai kelab ini. Alhamdulilah. Ahli kami yang tertua berumur 63 tahun dan rata-rata berumur 40-50an. Kelab kami menerima keahlian anda, jika anda berminat boleh menyertainya. "Sukan untuk semua, hubungan sesama Insan".

SAYANGI KELUARGA KITA

Sudah menjadi lumrah alam..... kita sewajibnya menyayangi seluruh keluarga kita, saya tak tahu mengapa ada orang yang tidak sayang pada ibubapa, isteri, anak-anak , adik beradik dan seluruh saudara mara.
Jangan jadikan masalah yang kecil atau besar sebagai punca kasih sayang ini terlerai. Ikatan pertalian darah dan jodoh yang di amanahkan oleh allah kepada kita sepatutnya di jagai dan di belai. Yang muda menghormati yang tua dan yang lebih tua pula memberi layanan sama rata kasih dan sayang kepada semua. Alangkah bahagianya keluarga kita.

Kepada anak-anak ingatlah pesan orang tua-tua , Kita tidak selamanya muda, satu masa kita kan tua dan mempunyai anak dan kelurga. Zaman penghujung ini pembalasan tuhan begitu cepat dan tidak menunggu masa. oleh itu jangan kau engkari kata-kata ibubapa mu, arahan rasul mu yang sentiasa mengingatkan beramal dan beribadat kepada allah. Semoga hidup anak-anak akan terus bahagia di dunia dan di akhirat.





















Bonda ku tersayang


Aku bersyukur punyai kelurga yang bahagia. Terima kasih ayah dan bonda....... Terima kasih juga kepada isteri yang menjaga keluarga dan membesarkan anak-anak..............









Isteri Ku ......... Norlila


























Along : Shah Faiz
































Nyah : Farahin

















Abang Yang : Shah Fahmi
















Abg Yang dengan Opah



































Nurfara Faieza