Jumlah Pelawat

Masa Itu Emas

Album Mr. T

Ahad, 22 Jun 2008

As Sakinah Cycling Club

Basikal Lasak ( Mountain Bike )















































Sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini. Di Kuala Kubu Bharu ni banyak Trail ( Trek ) bagi berbasikal, lebih lagi basikal lasak ni . Ok .... Jangan tanya lagi di mana KKB............... peta dah ada................ . Kelab kami ni ditubuhkan baru aje..... tetapi mempunyai keahlian seramai 25 orang ahli yang aktif.













Mr. President Lef. Kol. Muhamad Mahmud.














Mr. Tim. President R/DSP Hamzah Yonos














jauh pandangan ke... jauh ke lagi..























ahli Kelab di Pot Jln Damai 8









ini bukan proton...............

Kami mempunyai trek ( trail ) sendiri dalam 3 katagori
1. Biasa ( Panas badan )
2. Latihan ( Jauh sikit ) 3. Hujung Minggu

Trek ( trail ) seperti berikut :-


1. Melinium ( Melinium , Bukit Tokong, Bukit Sarjit dan Taman Bukit bujang ) 10 kilometer
2. Kg Asli Buluh Telor ( Kg Asli Buluh telor, bekas balak, Bukit Tokong dan Tmn Bukit Bujang) 12 km.
3. Bukit Terkangkang ( Masuk Restoran Seri Mutiara, kandang lembu, Bukit terkangkang, Bukit Tokong , Taman Bukit Bujang ) 10 km.
4. Bukit Lias ( Jln Hamzah, Bukit Kg Nenas, Kebun Sayur, Ladang ternakan Ayam, Keluar Seri Mutiasa Restoran ) 16 km














Ada sejarah mengapa namanya bukit Lias.













Lias tayar pancit













lias mandikan 'sahabat kita' yg kepenatan

5. Kubur Cina - Bukit tangga ( Ampang Pecah, bukit ke kubur lama, kubur cina, station Keretapi KKB, Kg Kelapa dan ampang pecah ) 20 km














di belakang tu kubur lama (1816-1930 )














Bukit macam ni takda hal.........













... jauh ke lagi.. Hj Shahril


6. Sg Jang ( Ampang Pecah,Kg Kelapa, Jln Kuala Kubu, Kg Paya Dalam dan sg Jang ) 25 km














kalau ada hal sama-sama kita tolong...














Abg Sani ' ni bukan traning ,nak membunuh ke'














kalau bawa nasi lemak kan bagus...
boleh bincang pasai bukit yg kurang tinggi
















pak chat 58 tahun - ok je....















Naik le.. tak pa kawan tunggu

7. Jln Pancing- Rasa ( Jln Hamzah , Rasa dan jalan pancing ) 35 km















sampai juga amin di jambatan besi















bergambar di kebun getah dekat Bkt Beruntung















ada yg nak terjun jambatan besi

8. Bukit Sg Damar ( Jln Hamzah, Kg Sg Damar, kebun getah , keluar depan PS Samy )
9.. Jambatan gantong ( Jln Hamzah, Jambatan gantong, dusun, kelapa sawit , kebun getah, Jln Besar Kuala Kubu, Station Kereta api , Kg kelapa dan ampang pecah . 30 km
10. Splash- ( Jln Hamzah, Jln Raub, splash ) 25 km















Afnizan berjaya menyelam di kolam air tu...















sedang memanjat bukit














ZAn dekat jambatan

11. Gap ( Jln Hamzah, Jln Raub, Splash, Pertak lama, gap ) 55 km
12. Gharaci ( jln Hamzah, jln Raub dan bukit gharaci ) 45 km















Abd Sani nasihatkan helmi pergi balik
.














pak chat nak tido balik rumah le.....

13. banyak lagi le....................................















Haji abu dan jamil kata... org kita pun boleh...















Bukit ni biasa aje....mie....















amin di raikan semperna berjaya buka baju tanpa dikoyakkan...... ( letih sangat le tu....)





Nanti kita cerita aktiviti seterusnya..... jumpa lagi