Jumlah Pelawat

Masa Itu Emas

Album Mr. T

Selasa, 15 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 HIJRAH


Salam. Kepada semua yang menjeguk blog ini..
Mimpi kaya tapi tak kaya
Selamat Hari Raya
Mimpi miskin elok le tak miskin
Maaf zahir batin.
Lupa syahur siang baru terjaga
Dari saya dan keluarga.

Rabu, 26 Ogos 2009

IBADAT DI RAMADHAN YANG BARKAH INI


Bismillahirahmanirahhim. Assalammualaikum wbt

SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya." Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan.
Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan.
Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya. Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.
Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa. "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.
Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu: Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan. Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Selamat Berpuasa dan wassalam.


SIRI 2 : EMPAT TUNTUTAN

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183 Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa: "Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar." Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini.
Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan. Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan. Selamat beribadat .

SIRI 3 : KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan MuslimIbadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.
Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut. Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Selamat bersahur .

SIRI 4 : BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari MuslimTiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari MuslimMendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu." (Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu." (Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim." (Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii." (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

"walaubagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita.
Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal. Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum ianya menjadi lebih besar.Selamat berbuka.

SIRI 5 : LAILATUL QADAR

"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad

Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.
Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali.
Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum. Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.
Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.
Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."

Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Semoga bersua dengan Lailatul Qadar.

Isnin, 12 Januari 2009

KEKEJAMAN ISRAEL KEKEJAMAN YAHUDI

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang diratapi oleh rakyat palestin yang melalui kehancuran akibat kerakusan rejim zionis Yahudi laknatullah ternyata tiada apa nama yang paling sesuai untuk dilebelkan kepada Israel hanyalah JAHANAM. Diangarkan penduduk Palestin yang berjumlah hamper 1.6 juta kini terdedah kepada serangan ganas yang tidak berhati perut yahudi laknatullah ini. Saban hari bunyi demtuman bom dan senjata berat menjadi ibarat kicauan ungas ditepian rumah kita di Malaysia ini.
Sehingga saya menulis ini lebih 950 rakyat Palestin terbunuh dan 13.500 tercedera. Yang menyedihkan apalah dosa anak-anak kecil dan ibu-ibu tua menjadi mangsa kerakusan yahudi ini.Perjuangan Rakyat Palestin harus di puji kerana terus berjuang bagi mempertahankan tanah air mereka, selain dari menegakkan Islam dan kebenaran bahawa palestin adalah sebuah Negara yang ujud sejak Zaman Nabi Allah Adam lagi, ditanahnya juga lahir ramai nabi , ambia dan ulamak tersohor. Nabi Aliasak dan Nabi Isa dikatakan lahir di tanah bertuah itu. Sejak zaman para nabi terdahulu lagi Palestin aman sehingga lah pada tahun 1948 Israel mula bertidak mencerobohi Palestin dan pada jun 1967 Israel sekali menunjukkan taringnya menakluki Semenanjung Gaza dibawah Mesir ketika itu. Sejak dari itu Zejim yahudi terus mengambil kesempatan menghancurkan sebuah Negara yang tercatat dalam Al quran terdapat sebuah masjid Al Aqsa, masjid yang penting dalam islam.
Dalam pada kebangkitan rakyat palestin mempertahankan Negara dan agamanya, saudara seagamanya juga turut bersekongkol dengan yahudi, Kebanyakan pejuang PLO dahulu atau Hamas terbunuh hasil dari maklumat penduduk setempat dan bukan hasil intipan Israel. Walau bagai mana cangih sekalipun system pertahanan Israel dan Amarika Syarikat, sukar untuk mengesan pergerakan anggota Hamas ini kecuali maklumat awal dari sesaorang. Tanpa maklumat umpama memancing ikan di sungai yang deras dan dalam. Mempergunakan rakyat palestin adalah satu cara yang telah Berjaya dilakukan oleh Israel sejak tahun 40an lagi. Mereka melakukan agar islam melakukan pembunuhan sesama islam dan tidak menyalahkan pihak lain. Dalam hal ini Israel tetap mempergunakan orang islam walau pun semua dunia tahu Kekejamannya.
Israel juga menjadikan alasan untuk menghapuskan Pejuang Hamas dari tanah palestin tetapi yang sebenarnya ramai yang tidak tahu Yahudi ini sebenarnya memperjuangkan agamanya disamping meluaskan takluknya bukan perkara yang lain. Difahamkan didalam kitap Yahudi ada menyatakan hanya yahudi sahaja yang boleh memerintah tanah Palestin berdasarkan fakta sejarah Nabi Aliasak dan Nabi Isa. Jika benarlah sebagaimana yang dinyatakan alangkah sempitnya pegangan Yahudi ini. Didalam Al Quran pula jelas menyatakan hanya islam agama sebenar dan disuatu masa nanti hampir ¾ penduduk dunia beragama islam dan selebihnya adalah Kafir laknattullah. Bedasarkan ayat al quran ini tidak pula orang islam bertindak diluar batas walau jelas dan terang mengatakan Agama Yahudi adalah musuh utama islam dari segala segi termasuklah ekonomi. Tidak salah juga kalau kita katakan peperangan ini peperangan Agama.
Keangkuhan Israel ini semua orang tahu disokong kuat oleh Amerika terutamanya dibawah pemerintahan ‘2 BUSH’. Saya sering terpandang bush sebenarnya bertanduk tiga , lidah dan ekor bercabang. Sibapa George HW Bush tidak berupaya menyekat kebangkitan islam dan diusahakan agar anaknya George W Bush bertanduk tiga meneruskan hasratnya. Semua keegoan ini bagi saya adalah berpunca sikap peminpin negara-negara islam itu sendiri yang lebih mementingkan kekayaan Negara mereka dari Agama islam. Terlihat pepecahan tidak sependapat dalam dunia arab.
Banyak Negara telah termakan pujukan ‘uncle sam’. Arab Saudi sebuah Negara kaya yang juga terdapatnya ‘Mekah Al Mukaramah’ yang Kaabah sebagai tempat suci bagi seluruh Umat Islam yang kita harapkan menjaga kepentingan Islam seluruh dunia tetapi tunduk kepada Amarika. Kecuali Iran sahaja yang benar-benar berani , yang lain entah lah………. Apa yang Negara islam dapat hanyalah kekayaan sementara , tetapi sebenarnya yang kaya adalah Amarika Syarikat dan negara barat yang mengawal semua harga barangan dunia termasuk minyak yang di punyai Negara-negara islam. Pada fikiran keanak-anakan kita pun boleh membayangkan seandainya semua negara arab yang berhampiran dengan Israel ini menghalakan Peluru Berpandu masing-masing ke Israel, kita tengok adakan Israel masih seperti sekarang, jika ia masih meneruskan serangan sebegini ,alang-alang negara islam di ganyang….. Semua negara arab menyerang Israel. Amarika pasti terlopong mulutnya dengan penyatuan Negara islam. Ini tidak… entah apa yang ada di sebalik sejadah peminpin arab sekarang ini?
Perdana Menteri Israel Ehud Olmert sememangnya patut dihadapkan kemahkamah Jenayah Perang, apakah ianya akan terjadi?, saya merasa seperti tidak mungkin kerana ‘Amerika Syarikat menjadi Polis Dunia’ yang tidak dilantik. Saya juga yakin dan percaya keputusan menyerang palestin ini ada kaitan dengan jawatan Presiden Amarika Syarikat dan ini boleh dikatakan sebagai ‘Paluan berundur’ atau upacara penutup khas untuk si Jahanam G W Bush . Darah yang mengalir di bumi palestin umpama taburan bunga mawar untuk si jahanam itu. Mungkin juga ramai yang percaya bakal Presiden Obama nanti tidak akan mengulangi kesilapan Presiden terdahulu, mungkin kerana itu juga lah Israel mempergunakan sokongan penuh sijahanam GW bush ini memusnahkan Palestin. Kita seharusnya tidak menaruh harapan yang kuat kepada Obama berkaitan perkara ini kerana di sekeling Obama juga adalah penganut Yahudi. Untuk lebih mengembirakan kan umat Islam di dunia ini hanya kematian Ehud Olmert dan GW Bush ditangan orang islam sahaja yang boleh mengubat penderitaan Umat islam di palestin dan di seluruh dunia yang di kejami mereka berdua ini.
Saya percaya ramai rakyat islam Malaysia yang sangup berjuang bermati-matian diPalestin….. namun itu seperti sukar untuk dijayakan ………… KESEMPATAN INI JUGA MARILAH KITA BERSAMA membantu palestin dengan sama bersolat hajat, Doa Qunut Nazilah dan berbanyakan berdoa kehadrat Allah SWT agar nasib rakyat palestin dan umat islam yang tertindas dan di zalimi yang seagama dengan kita dapat di bela.