Jumlah Pelawat

Masa Itu Emas

Album Mr. T

Ahad, 29 Jun 2008

siri 1 : Trek Bukit Lias

Sebagaimana yang di janjikan saya berikan gambaran yang jelas trek-trek (trail) yang sering kumpulan kami lalui sebagai latihan di sebelah petang.



Trek ini bermula dari taman Damai Utama , Melalui depan Seri Mutiara Restoran , laluan tepi sungai, Laluan ke kandang lembu ( kanan).


Melalui 2 kandang lembu, dusun durian, reban ayam dan menempuhi bukit serta melintasi anak sungai.



memasuki kebun getah


Anak sungai perlu dilintasi dengan meniti kayu-kayu ini


mengharungi semak, jalan berbatu kelikir, batu tajam dan lopak-lopak air.


Berehat di Cameron Highland ( Kebun sayur )












Assalamualaikum Ya Ahli Kubur............






Jalan Turun kejalan utama ( Jalan Hamzah )
Tak le jauh sangat lebih kurang 17 kilogram ( Kilometer daaaa ).

MANA YANG LEBIH BAIK

' LEBIH BAIK ORANG GILA YANG TAK KACAU ORANG DARIPADA ORANG TIDAK GILA TAPI SUKA KACAU DAN DENGKI PADA ORANG LAIN'

Jumaat, 27 Jun 2008

KAYUHAN BERTERUSAN

Nak lalu cam na , macam kolam ikan...........

kita parking dulu lepas tu kita berenang.. ok tak


'Masa kecil makan nestum,dumex dan paling koman nasi lenyet...mangkok kecil aje..... beso sikit .... dah makan nasi........ 1/2 pinggan, lepas tu sepinggan......... dah beso-beso ni pinggan pun dimakan'


Macam tu juga kayuh basikal ni, mula nak kayuh 'pungkok' ( Punggung )sakit le, lepas tu kayu seround kawasan taman ( haloooo..... 1.5 kilometer juga tu), lain minggu 3 round, lain minggu tidak syok leee..... pergi melinium......... terkini trek tak ada bukit tak bestle..... Haaa tengok kawan kita ni panjat bukit Gharachi....... sampai pemancar........ ok tu.



Azmi.....
















Haji Abu....
mane..... gambor kita kat pemancar ...min.....


Kawan yang ni kita pulak hajat nak pergi Bukit Freezer........... sampai Gap pun ok....... last-
last jumpa air terjun............ Kita mandi dulu.....................

Abg Sani ....... 'Berjuta batu ni jauhnya'

Kita Balik nak..........


Marshall Mie ....bawa anak le....

kita mandi dulu. Kunci basikal aku jatuh le..





Nanti lain cerita . ok bye......




Rabu, 25 Jun 2008

Mutiara kata

'Makan boleh menjulang nama dan keperibadian kita dan makan juga boleh memburukkan kita'

Pengajarannya : Ramai orang didunia ini tidak kesah akan makan, semua depan mata 'belasah aje' asal tolak batu, besi dan kayu. Tidak ramai yang sedar....... cara kita makan ia menunjukan siapa diri kita yang sebenar, tidak ramai juga yang sedar kita sedang di perhatikan oleh orang lain. mungkin orang lain akan kata ' buruknya dia tu makan', 'gelogohnya dia tu', 'harap muka aje lawa tapi buruk makan'.

Cara makan sesaorang adalah suatu ujian peradaban paling utama dikelayak ramai dan dalam sesuatu majlis. Bertertib, bersabar , tidak berlebih-lebih dan sentiasa mengingati Allah dan ajaran rasullulah. Dalam Islam telah mengajarnya sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-A’raf ayat 31: Yang bermaksud “...Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Dalam cerita yang lain maksudnya: Daripada Abdullah bin Amr, daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda membaca doa apabila dihidangkan makanan kepada mereka dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dengan nama Allah".(Riwayat Abu Bakar ibn as-Sunni) .

Sehubungan dengan itu peliharalah adab, tertib dan tingkah laku didepan rezeki yang di beri oleh Allah SWT. jangan seperti gambar dibawah ini. Walahuallam

gambar hiasan sahaja


Selasa, 24 Jun 2008

Mutiara Kata

KERANA MATA

' Jangan percaya sepenuhnya cermin, kerana gambaran dipapar akan ditukar oleh hati tetapi jika kita percaya pada hati , gambaran di cermin tidak akan bertukar' Mr. T

Maksudnya : Bila kita lihat pada cermin, perasaan lebih menguasai. contohnya: pipi yang kedut pun akan nampak tegang kerana di betulkan oleh hati walau hakikatnya tidak. Jika hati berkata itu lah aku ...... Allah jadikan ku begitu, maka itu lah aku dan cermin tidak akan menipu kita.
Selain itu ........ kita melihat diri kita seperti sempurna tetapi orang lain lihat kita serba tak kena. ' mata kita dengan mata orang lain tidak sama'.

Isnin, 23 Jun 2008

As Sakinah Cycling Club

Aktiviti selepas kayuh

















Berkumpul sebelum kayuh















SU : sabli di Splash














Di Station Keretapi KKB
Kumpulan pengayuh As Sakinah Cycling club ni sebenarnya adalah ahli jamaah Surau As Sakinah, Taman Damai Utama. KKB. Kami berusaha mengeratkan perhubungan salitulrahim sesama jamaah yang sememangnya baik dan akrab dengan menujudkan aktiviti Riadah yang berfaedah kepada individu dan juga jemaah. Aktiviti ini dijalankan jam 6.00 ptg pada Isnin hingga Jumaat, Manakala Hari Sabtu dan Ahad jam 7.30 pagi. Pada Sebelah malam pula kami akan bersama-sama berjamaah disurau, berkuliah dan bergotong royong.





Hasil dari perbincangan sesama ahli jamaah, kami memulakan kayuhan kami dengan mengunakan basikal anak masing-masing ataupun mengeluarkan basikal dari dalam stor barang-barang (penuh habuk, brek tak ada dan tayar pun pancit).

Setelah sebulan ianya berlalu aktiviti kami semakin mendapat sambutan dan semakin ramai yang menyertainya, lalu timbul lah idea untuk mengunakan basikal yang agak baik dan bersesuaian.













Gotong royong di surau















Abg Sani..... tadi dah sapu.... kotor lagi













Alias dan Jamil ... kita buat dulu.. nanti kayuh le..












Kata sepakat telah diputus. 10 buah basikal jenama Proton yang baru telah di beli melalui pekej harga yang menarik ( berbanding di kedai ) dari sebuah persatuan Basikal Lasak (Rahsia). Selepas berjamaah Isyak disuatu hari, diperkarangan surau 10 buah basikal ini di pasang dan menjadikan ahli yang memilikinya 10 orang dan ketika itu hanya tinggal 5 orang ahli saja masih lagi mengunakan Basikal yang lama termasuk saya.







Sehingga hari kelab kami sering menjadi sebutan ramai dikalangan penduduk KKB dan kami akan meneruskan usaha kami ini kesihatan diri dan hubungan salitulrahim dikalangan seluruh masyarakat. Kini terdapat sahabat dari taman yang lain seperti Taman Bukit Bujang dan Ampang Pecah menyertai kelab ini. Alhamdulilah. Ahli kami yang tertua berumur 63 tahun dan rata-rata berumur 40-50an. Kelab kami menerima keahlian anda, jika anda berminat boleh menyertainya. "Sukan untuk semua, hubungan sesama Insan".

SAYANGI KELUARGA KITA

Sudah menjadi lumrah alam..... kita sewajibnya menyayangi seluruh keluarga kita, saya tak tahu mengapa ada orang yang tidak sayang pada ibubapa, isteri, anak-anak , adik beradik dan seluruh saudara mara.
Jangan jadikan masalah yang kecil atau besar sebagai punca kasih sayang ini terlerai. Ikatan pertalian darah dan jodoh yang di amanahkan oleh allah kepada kita sepatutnya di jagai dan di belai. Yang muda menghormati yang tua dan yang lebih tua pula memberi layanan sama rata kasih dan sayang kepada semua. Alangkah bahagianya keluarga kita.

Kepada anak-anak ingatlah pesan orang tua-tua , Kita tidak selamanya muda, satu masa kita kan tua dan mempunyai anak dan kelurga. Zaman penghujung ini pembalasan tuhan begitu cepat dan tidak menunggu masa. oleh itu jangan kau engkari kata-kata ibubapa mu, arahan rasul mu yang sentiasa mengingatkan beramal dan beribadat kepada allah. Semoga hidup anak-anak akan terus bahagia di dunia dan di akhirat.





















Bonda ku tersayang


Aku bersyukur punyai kelurga yang bahagia. Terima kasih ayah dan bonda....... Terima kasih juga kepada isteri yang menjaga keluarga dan membesarkan anak-anak..............









Isteri Ku ......... Norlila


























Along : Shah Faiz
































Nyah : Farahin

















Abang Yang : Shah Fahmi
















Abg Yang dengan Opah



































Nurfara Faieza

Ahad, 22 Jun 2008

As Sakinah Cycling Club

Basikal Lasak ( Mountain Bike )















































Sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini. Di Kuala Kubu Bharu ni banyak Trail ( Trek ) bagi berbasikal, lebih lagi basikal lasak ni . Ok .... Jangan tanya lagi di mana KKB............... peta dah ada................ . Kelab kami ni ditubuhkan baru aje..... tetapi mempunyai keahlian seramai 25 orang ahli yang aktif.













Mr. President Lef. Kol. Muhamad Mahmud.














Mr. Tim. President R/DSP Hamzah Yonos














jauh pandangan ke... jauh ke lagi..























ahli Kelab di Pot Jln Damai 8









ini bukan proton...............

Kami mempunyai trek ( trail ) sendiri dalam 3 katagori
1. Biasa ( Panas badan )
2. Latihan ( Jauh sikit ) 3. Hujung Minggu

Trek ( trail ) seperti berikut :-


1. Melinium ( Melinium , Bukit Tokong, Bukit Sarjit dan Taman Bukit bujang ) 10 kilometer
2. Kg Asli Buluh Telor ( Kg Asli Buluh telor, bekas balak, Bukit Tokong dan Tmn Bukit Bujang) 12 km.
3. Bukit Terkangkang ( Masuk Restoran Seri Mutiara, kandang lembu, Bukit terkangkang, Bukit Tokong , Taman Bukit Bujang ) 10 km.
4. Bukit Lias ( Jln Hamzah, Bukit Kg Nenas, Kebun Sayur, Ladang ternakan Ayam, Keluar Seri Mutiasa Restoran ) 16 km














Ada sejarah mengapa namanya bukit Lias.













Lias tayar pancit













lias mandikan 'sahabat kita' yg kepenatan

5. Kubur Cina - Bukit tangga ( Ampang Pecah, bukit ke kubur lama, kubur cina, station Keretapi KKB, Kg Kelapa dan ampang pecah ) 20 km














di belakang tu kubur lama (1816-1930 )














Bukit macam ni takda hal.........













... jauh ke lagi.. Hj Shahril


6. Sg Jang ( Ampang Pecah,Kg Kelapa, Jln Kuala Kubu, Kg Paya Dalam dan sg Jang ) 25 km














kalau ada hal sama-sama kita tolong...














Abg Sani ' ni bukan traning ,nak membunuh ke'














kalau bawa nasi lemak kan bagus...
boleh bincang pasai bukit yg kurang tinggi
















pak chat 58 tahun - ok je....















Naik le.. tak pa kawan tunggu

7. Jln Pancing- Rasa ( Jln Hamzah , Rasa dan jalan pancing ) 35 km















sampai juga amin di jambatan besi















bergambar di kebun getah dekat Bkt Beruntung















ada yg nak terjun jambatan besi

8. Bukit Sg Damar ( Jln Hamzah, Kg Sg Damar, kebun getah , keluar depan PS Samy )
9.. Jambatan gantong ( Jln Hamzah, Jambatan gantong, dusun, kelapa sawit , kebun getah, Jln Besar Kuala Kubu, Station Kereta api , Kg kelapa dan ampang pecah . 30 km
10. Splash- ( Jln Hamzah, Jln Raub, splash ) 25 km















Afnizan berjaya menyelam di kolam air tu...















sedang memanjat bukit














ZAn dekat jambatan

11. Gap ( Jln Hamzah, Jln Raub, Splash, Pertak lama, gap ) 55 km
12. Gharaci ( jln Hamzah, jln Raub dan bukit gharaci ) 45 km















Abd Sani nasihatkan helmi pergi balik
.














pak chat nak tido balik rumah le.....

13. banyak lagi le....................................















Haji abu dan jamil kata... org kita pun boleh...















Bukit ni biasa aje....mie....















amin di raikan semperna berjaya buka baju tanpa dikoyakkan...... ( letih sangat le tu....)





Nanti kita cerita aktiviti seterusnya..... jumpa lagi