Jumlah Pelawat

Masa Itu Emas

Album Mr. T

Rabu, 25 Jun 2008

Mutiara kata

'Makan boleh menjulang nama dan keperibadian kita dan makan juga boleh memburukkan kita'

Pengajarannya : Ramai orang didunia ini tidak kesah akan makan, semua depan mata 'belasah aje' asal tolak batu, besi dan kayu. Tidak ramai yang sedar....... cara kita makan ia menunjukan siapa diri kita yang sebenar, tidak ramai juga yang sedar kita sedang di perhatikan oleh orang lain. mungkin orang lain akan kata ' buruknya dia tu makan', 'gelogohnya dia tu', 'harap muka aje lawa tapi buruk makan'.

Cara makan sesaorang adalah suatu ujian peradaban paling utama dikelayak ramai dan dalam sesuatu majlis. Bertertib, bersabar , tidak berlebih-lebih dan sentiasa mengingati Allah dan ajaran rasullulah. Dalam Islam telah mengajarnya sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-A’raf ayat 31: Yang bermaksud “...Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Dalam cerita yang lain maksudnya: Daripada Abdullah bin Amr, daripada Nabi s.a.w. bahawasanya baginda membaca doa apabila dihidangkan makanan kepada mereka dengan doa yang bermaksud: "Ya Allah berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka, dengan nama Allah".(Riwayat Abu Bakar ibn as-Sunni) .

Sehubungan dengan itu peliharalah adab, tertib dan tingkah laku didepan rezeki yang di beri oleh Allah SWT. jangan seperti gambar dibawah ini. Walahuallam

gambar hiasan sahaja