Sejak aku mula mengerti maksud sebenar hari raya di akhir 70an dan awal 80an , aku dan sahabat di kampung Sg Behrang, Slim River. Perak telah melalui suasana hari raya yang sungguh manis dan bererti , tersenyum bila di kenang. Rombongan 30 pemuda kampung ziarah dari rumah ke rumah dan di sulami dengan doa kesyukuran di setiap rumah yang di ziarah.
Menikmati jamuan....gambar awal 80 an
berkumpul ramai-ramai di malam raya 80 an
2008 aktiviti sama masih dijalankan namun jumlahnya kurang
Cerita pula berkisar pasal keluarga dan politik
Ketika pertemuan dipagi raya, seperti biasa Masjid Jamek Sungai Behrang, tempat bertemu ( tahun ini tiada ruang kosong, walaupun di tempat parking, semuanya penuh dengan jamaah. Alhamdulilah). Selesai sembahyang sunat Aidil Fitri dan Kutbah raya ( Hairan juga masih ramai yang tak tahu, Kutbah raya adalah satu dari rukun sembanyang raya, ramai yang balik lepas sembanyang) seperti biasa Rombongan kami memulakan ziarah dari rumah kerumah dimulakan rumah saudara Zainal Abidin ( Cekgu Teh ), Kedua Rumah ku (Selalunya rumah ku ketiga ) dan selepas tu kerumah Aruah Halim ( Wajib pergi tu ) seterusnya rumah Rahman dan lain lain.
Itulah suasana raya 2008, sebenarnya apa yang nak diceritakan adalah raya mengikut pandangan anak-anak sekarang, tiada lagi ziarah, tiada lagi kunjung-mengunjung dan yang paling hebat tarikan harir aya ialah TV yang menyiarkan perbagai hiburan sehingga saudara mara datang pun anak-anak kita tidak menjengah muka untuk bersalam. Peranan kita juga untuk membawa anak-anak menziarahi keluarga dan sahabat handai. Selamat hari raya............
Raya tetap meriah dengan riuh rendah gelak ketawa.
Cekgu Zainal ( Teh) bertugas di Ipoh
Rahman bertugas di KL
Peson bertugas di Penang